Daisypath Anniversary tickers Daisypath Wedding tickers

Wednesday, May 6, 2009

Mahalnya UNO ni...

Tak pernah aku terfikir nak main UNO ni. Entah apa best ntah. Main dia camne pun aku bukan reti. Masa kecik-kecik, aku ingat UNO ni macam main cards, black jack, cam main judi. Hehehe..tak tau pulak UNO ni siap ada gambar Mickey Mouse la, Pooh la..
(gambar di atas ni adalah contoh UNO yang nampak relax sikit..ada gamba kartun, kira kalau main, dan kalah, takde la rasa panas sangat. tengok gamba kartun, sejuk gak sikit hati tu)
Dedek mula beli UNO ni masa cuti-cuti Malaysia ke Cameron Highlands hujung March lepas. While the parent busy buying vegetables, fruits, we were busy checking on the games. Brick games, UNO, shooting armies…Dedek bought the UNO cards for only RM5!
(*sila abaikan adegan tiup-hembus angin untuk menguji betapa sejuknya udara di puncak sana melalui asap yang keluar dari mulut ye..)

Just wanna show you readers of where the shop was located. Tuh..kat belakang minah yang tengah menghembus ni..Bayangkan, tengah-tengah orang menjual sayur-sayuran dan buah-buahan, ada kedai menjual permainan dengan harga yang murah. Kawasan jualan ni betul-betul bersebelahan dengan Equatorial Hotel at the peak. Penjualnya adalah seorang Chinese man, takde pulak gamba uncle tu di sini.
Lepas aku da addicted, aku ingat nak beli la untuk aku main. Kot sok aku nak pinjam Dedek tak bagi, leh la aku eksyen aku pun ada satu. Bosan-bosan kat bilik, aku leh la main sorang-sorang cam orang sawan. Main lawan diri sendiri, jerit “UNO” ngan “UNO game” pun dengan diri sendiri. Sekali kan, aku check kat Tesco kan, mak datok!! Mahalnye!!! Harga tu je aku da leh makan untuk dua hari. Aku gi MPH, ada UNO cards design comel-comel, masya-Allah, RM 19.90! Dedek beli RM 5 jer. Gila cekik darah.
Aku da macam pahlawan perang ni terus fikir, “Kena naik Cameron la camni beli satu lagi UNO ni.” A’ah..bijak…cost minyak ngan tol nak ke sana je lagi lebih dari aku beli UNO tu kat Tesco. Semata-mata nak dapatkan UNO yang berharga RM 5, sanggup tu berangan jauh nak naik Cameron. So sapa-sapa yang nak ke Cameron Highlands, bagitau la Ah Ai ek. Nak pesan, nak kirim. Hehehe..

No comments:

Post a Comment