Daisypath Anniversary tickers Daisypath Wedding tickers

Monday, January 31, 2011

I am

Saya juga orang Melayu. Saya cukup berbangga.
Biarlah warna kulit gelap dan sawo matang sekalipun (tona kulit tidak sekata…cet!)
Ke mana saya pergi, saya cuba untuk tidak melukakakan hati orang lain.
Baik sesama bangsa atau berlainan agama.
Tapi yang jelas tiada antara kita yang sempurna.
Pernah ada kawan berbangsa Cina bertanya, “I don’t understand why Malay has to eat only Halal food”
Dulu saya dah berikan jawapan, kali ini jawapan saya berbeza:
“You live in Malaysia for 29 years. You should know why.”
Dia boleh jawab, “Why should I know? I am no Malay”
Darah rasa menyirap, tapi saya terus berjalan laju. Diam lebih baik.

Saya juga orang Melayu. Saya sayangkan bangsa saya. Kerana itu saya hantar kereta pada orang Melayu untuk diservis.

Saya hantar kereta untuk bangsa saya basuh, dengan harapan bangsa saya akan maju.

Tapi bangsa saya selalu lupa diri. Kualiti servis selalu tidak sekata.
Orang Melayu juga yang menipu Abah saya di Pahang dulu. Teruk kereta Abah dikerjakan.
Konon mekanik, charge harga mahal. Alih-alih kereta rosak juga.
Rupa-rupanya, mereka gunakan barang terpakai.

Saya juga orang Melayu. Saya Melayu yang pemaaf.
Karam Singh Walia memang silap di mata saya. Tapi benda sudah berlaku.
Saya pilih untuk memaafkan dia. Semoga bila saya belajar untuk memaafkan orang, Allah akan ringan untuk sering memaafkan saya.
Semoga bila saya belajar untuk memaafkan orang, hati saya akan lebih tenang.
Tapi, Anwar Ibrahim pula bagaimana? Dia memecah belahkan bangsa saya kepada tiga. Dia burukkan negara saya di luar negara.
Karpal Singh? Dia bermulut lantang. Dia hina Islam sebagai agama utama.
Wani? Dia mengharu-birukan hubungan saya. Dia menipu dan cuba merampas. Dia kacau ketenangan hidup saya. Dia menyebabkan saya banyak mengalir air mata.
Mampukan saya maafkan mereka?

Saya juga orang Melayu. Dan Islam adalah agama saya.
Saya hormat pada raja-raja. Saya julang bendera Malaysia di mana pun saya berada.
Saya berdiri bila lagu Negaraku dimainkan.
Saya meloncat gembira bila Malaysia menang dalam sukan.
Saya percaya pada Qada’ dan Qadar.
Saya percaya pada hari kiamat.

Saya juga orang Melayu. Dan Islam adalah agama saya.

Saya Melayu dan Islam yang selalu mengharapkan agar tiada sengketa antara bangsa.

Yang selalu mengharapkan Malaysia adalah tempat yang selamat untuk saya duduki bersama adik, suami dan anak-anak kelak dikala Mama & Abah, ibu-ibu saudara saya tiada lagi.

Yang selalu mengharapkan pemimpin di masa hadapan boleh menjalankan tugas sebaik mungkin. Dan membawa kemakmuran.


Saya juga orang Melayu. Dan Islam adalah agama saya.

Sampai mati pun saya tetap orang Melayu, dan Islam satu-satunya agama yang akan saya bawa.