Daisypath Anniversary tickers Daisypath Wedding tickers

Monday, September 14, 2009

Mengapa harus ribut-ribut?

Panaskah isu ini? Pertelingkahan antara dua negara yang kononnya serumpun, hanya kerana perselisihan pendapat mengenai tarian Pendet, ditambah pula dengan isu mengenai hak milik Pulau Ambalat yang terus-terusan diperhangatkan oleh sang pemimpin yang mahukan jawatan presiden dan gila kuasa di sana. Mereka seolah ketandusan idea terus menggunakan isu murahan ini untuk dijadikan tajuk perdebatan mereka dan menampakkan kononnya mereka ini bersemangat nasionalisma.

Ada seorang teman bertanya, "Agak-agak kau, Anwar Ibrahim bersekongkol sama tak?" My answer is, entah...

Menjadi wartawan bukan mudah. Dan tugas seorang wartawan bukan untuk bikin ribut dan repot di sana sini tanpa fakta.

Jangan jadi penduduk bumi yang buta sejarah.